August 19, 2002

Sheila On 7 — Tidak rancang raih populariti

Filed under: General '03-'06

Oleh Khadijah Ibrahim
Kumpulan muzik yang paling popular Sheila On 7 tidak pernah menjangka mereka akan mendapat tempat di hati peminat muzik negara ini.

Malah semasa menghasilkan album, kumpulan ini tidak pernah diikat dengan strategi tertentu untuk menguasai pasaran.

Biar pun mencatatkan populariti dan album mereka laris di negara ini tetapi kumpulan ini menganggap kejayaan itu disebabkan oleh kesesuaian muzik dengan selera peminat.

Sheila On 7 menganggap semua lagu-lagu mereka adalah denyut jiwa yang dilahirkan tanpa dipengaruhi faktor-faktor lain seperti kehendak pasaran dan sebagainya.

“Kami tidak pernah memikirkan sesebuah album itu mendapat sambutan atau tidak semasa menghasilkan album berkenaan. Yang lahir itu adalah denyut jiwa kami dan disampaikan menerusi muzik,'’ kata Eros salah seorang anggota Sheila On 7.

Menurutnya, banyak pihak cuba mencungkil rahsia kejayaan album-album mereka tetapi sebenarnya mereka tidak mempunyai rahsia kerana hasrat utama menghasilkan album untuk dinikmati oleh peminat bukan mendapat imbuhan daripada mereka.

“Kami percaya peminat di sini menerima muzik Sheila On 7 mungkin kerana kita dari rumpun yang sama,'’ tegas Eros lagi.

Tambahnya, apa yang mereka lontarkan dalam muzik selama ini adalah daripada minat dan kehendak sendiri dan bukan kerana faktor tertentu.

Kata Eros, muzik bagi mereka adalah sesuatu yang perlu dinikmati. Justeru itu mereka lebih suka membiarkan peminat menilai sendiri muzik daripada memaksa peminat menggemarinya.

Walaupun muzik mereka sering menjadi ikutan kumpulan lain tetapi Sheila On 7 tidak pernah menganggap mereka sebagai yang terbaik.

“Dalam seni tidak ada yang baik dan tidak baik. Cuma yang ada ialah menarik atau tidak,'’ jelas Eros.

Sheila On 7 adalah kumpulan yang paling laris dan di Indonesia sahaja mereka perlu mengadakan persembahan di 50 buah bandar. Setakat ini mereka baru mengadakan di 29 buah bandar seluruh Indonesia.

Biarpun ada ketikanya mereka dilanda keletihan, namun Sheila On 7 tidak menyesal dengan apa yang mereka lakukan. Sebaliknya, mereka bangga kerana pengorbanan yang dilakukan selama ini mendatangkan hasil.

Menurut seorang lagi anggota Sheila On 7, Duta, kejayaan mereka disebabkan muzik dan gaya yang tersendiri.

Sheila On 7 turut dianggotai oleh Adam (bass), Sakti (gitar kedua) dan Anton (drum) akan hanya menghasilkan album baru pada tahun depan.

Dalam pembikinan album, mereka juga tidak pernah merangka konsep atau tema yang bakal diketengahkan. Sebaliknya mereka lebih senang menghasilkan sesuatu dengan cara spontan.

Album 07 Des yang dipasarkan di negara ini sejak April lalu telah mencecah angka jualan 40,000 unit dan 1 juta unit dijual di Indonesia.

Selain datang mempromosi album, Sheila On 7 yang menjadi kegilaan remaja itu juga telah mengadakan persembahan di Hard Rock Cafe pada petang semalam. Penyanyi utama, Duta menyanyikan hampir 18 buah lagu daripada album baru dan lama.

Pada Sabtu lalu mereka muncul memeriahkan pelancaran wajah baru majalah URTV di Mid Valley, Kuala Lumpur.

Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://sheilaon7.blogsome.com/2002/08/19/sheila-on-7-tidak-rancang-raih-populariti/trackback/

No comments yet.

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>