July 7, 2006

507 luahan hati SO7

Filed under: Albums

MALAYSIA ibarat rumah kedua bagi kumpulan Sheila On 7 (SO7). Setiap kali muncul dengan album baru kumpulan yang ditubuhkan sejak 10 tahun ini tidak pernah lupa menjadikan negara ini destinasi mereka bagi berkongsi pengalaman menarik khususnya mengenai apa yang berlaku sepanjang berkurung dalam studio rakaman.

Apatah lagi, sejak kebelakangan ini mereka mengharungi saat-saat getir selepas kehilangan gitaris, Sakhti, yang mengambil keputusan untuk mendalami ilmu agama di Pakistan selain pengunduran pemain drum, Anton.

Justeru, kemunculan album terbaru mereka yang diperkenankan nama 507, lebih bersifat peribadi serta luahan rasa SO7 yang seperti kehilangan sayap. Disebabkan itu mereka tidak sabar menemui peminat tempatan.

“Saat ke Malaysia sudah lama kami nantikan dan Insya-Allah pada 18 Julai ini kami akan mengadakan sidang media pelancaran album 507 di sana,” kata Vokalis SO7, Duta Modjo (Duta) mewakili kumpulannya yang turut dianggotai, Eross Candra, Adam M Subarkah dan anggota baru, Brian yang menggantikan tempat Anton.

Tambahnya lagi, agenda promosi album kali ini agak berlainan dari sebelumnya kerana SO7 turut terikat dengan konsert di empat negeri, iaitu di Johor Bahru pada 13 Ogos, Kota Kinabalu (16 Ogos), Pulau Pinang (18 Ogos) dan destinasi terakhir di Kuala Lumpur, 20 Ogos.

“Kami akan berada beberapa hari di Kuala Lumpur pertengahan Julai ini, kemudian akan berangkat ke Jakarta semula untuk mempromosi album di sana selain membuat latihan sebagai persediaan menghadapi konsert Ogos nanti.

“Bagaimanapun, untuk bercerita lanjut mengenai konsert itu, saya fikir kurang sesuai kerana ia masih di peringkat awal. Nyata, di mana-mana persembahan yang kami jayakan pasti kepuasan peminat menjadi keutamaan.

“Justeru, kami akan membawakan lagu-lagu popular yang pernah peminat membesar bersama SO7 dan di samping memperdengarkan lagu-lagu terkandung dalam album 507,” kata Duta lagi.

Menyentuh kemunculan 507, Eross pula menyifatkan album ini yang terbaik pernah mereka hasilkan. Selain bingkisan yang cukup peribadi buat mereka kerana ia menghimpunkan pelbagai kisah serta pengalaman suka dan duka yang dilalui S07 sepanjang menjadi anak seni.

Ia juga mempunyai nilai sentimental kerana untuk album ini mereka kembali ke kampung halaman, Yogjakarta untuk melakukan rakaman di studio milik Eross.

“Kami berganding menyatukan idea dalam setiap lagu yang terkandung dalam album ini. Sakti juga sempat mencipta sebuah lagu yang diberi judul Cahaya Terang. Lagu ini, mewakili rahsia hatinya betapa cintanya terhadap Tuhan.

“Malah secara rasminya album ini juga projek terakhir Sakti bersama kami. Terus-terang saya katakan keputusan Sakti satu tamparan hebat buat SO7 namun kami tidak mampu menghalangnya,” kata Eross.

“Sehingga kini kami sentiasa mengharapkan dia pulang ke pangkuan S07 dan disebabkan itu posisinya tidak pernah digantikan oleh sesiapa,” kata Eross.

Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://sheilaon7.blogsome.com/2006/07/07/507-luahan-hati-so7/trackback/

No comments yet.

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>