JUDUL: 507
ARTIS: Sheila On 7
GENRE: Pop Rock
“JADI nikmatilah muzik Sheila On 7, tanpa harus selalu melihat siapa yang memainkan…” Inilah antara bait kata-kata yang dititipkan Shiela On 7 (S07) buat peminat mereka sebagaimana yang tertera di dalam kulit album baru mereka ini.
Kata-kata ini harus diluahkan kerana lazimnya peminat tidak boleh menerima sesuatu perkara bila berlakunya sesuatu perubahan drastik di dalam sesebuah band muzik itu.
Terutama sekali bila ia membabitkan berita pengunduran anggota dalam band itu. Mula-mula sekali Anton Widiastanto (drum). Sekarang Saktia Ari Seno (gitar) pula meninggalkan S07 atas alasan mahu mendalami ilmu agama.
Persoalan yang seterusnya berlegar di minda mereka, apa pula perubahan yang dilakukan S07 di dalam album kali ini? Adakah ia akan kedengaran seperti album terdahulu?
Namun, 507 nampaknya lebih banyak menyerapkan semula nuansa asal muzik mereka bersama latar belakang muzik orkestra penuh yang banyak menonjolkan bunyian strings serta alat muzik brass.
Sebagaimana kebiasaannya, lirik dan penyampaian vokal Duta pula lebih banyak ditumpukan kepada unsur penjiwaan yang tebal.
Sebenarnya, inilah formula yang sudah sedia ada pada S07 yang diguna-pakai sejak mereka mula tampil dengan album Kisah Klasik Masa Depan.
Cuma ada sesuatu yang saya rasa kurang di dalam album ini iaitu semangat serta feelnya. Ia sudah tidak sama macam muzik S07 yang dulu.
Biarpun ada lagu menarik seperti Cahaya Terang, Terlalu Singkat, Mantan Kekasih dan Terjamah Yang Lain, namun ia memerlukan masa untuk menghayatinya.
Terlalu Singkat misalnya mempunyai kekuatan di segi petikan pianonya, manakala Terjamah Yang Lain pula