ARTIS: Sheila On 7
JUDUL: 507
GENRE: Pop & Rock
RASANYA tidak keterlaluan kalau saya katakan untuk anda membeli album Sheila On 7 (SO7), 507 anda perlu jadi pengikut setia muzik mereka dari album-album seawal Sheila on 7, Kisah Klasik untuk Masa Depan, 07 Des dan Pejantan Tangguh.
Kalau setakat mahukan sesuatu yang segar, tidak rasanya. Seperti yang dijanjikan, kebanyakan lagu yang dimuatkan muziknya memang easy going. Lagu slow yang paling menangkap mestilah Mantan Kekasih dan Terjamah Yang Lain yang ala ala Berhenti Berharap. Satu lagi yang agak slow ialah Terlalu Singkat yang dibuka dengan intro sedikit march. Identiti SO7 memang jelas di sini terutama dengan chorus yang harus mungkin berakhir dengan Wooo dan Uuuu.
Untuk sesuatu yang sedikit up-beat, Pemenang pada Trek 6 dan Radio (Trek2), antara lagu yang terus mengekalkan trademark SO7. Turut dimuatkan, Cahaya Terang, Last Pretence, Kau Kini Ada dan Ingin Pulang.