August 23, 2006

Peminat di Kota Kinabalu puas hati

PUAS hati dan berbaloi. Itu adalah kesimpulan paling sesuai sebaik selesai menyaksikan persembahan kumpulan paling popular Indonesia, Sheila On 7 (SO7) di Stadium Likas, Kota Kinabalu, baru-baru ini.
Dengan mendendangkan 19 lagu tanpa henti, selama kira-kira dua jam, kumpulan empat anak muda ini membuktikan mereka adalah paling hebat dan mantap seperti tajuk lagunya, Pria Terhebat.

"Kami lihat penonton semuanya happy (gembira). Ini membuktikan persembahan kami pada malam ini diterima mereka dan ini sangat baik," kata penyanyi kumpulan itu, Duta, ketika ditanyakan reaksi penonton. Selain Duta, tiga lagi anggota SO7 adalah Brian, Adam dan Eross.

Memang benar, kira-kira 3,000 penonton yang membanjiri padang Stadium Likas seperti dibuai keasyikan terutama ketika kumpulan ini mendendangkan lagu popular mereka seperti Sephia, Berhenti Berharap dan Pria Terhebat.

Penonton yang majoritinya wanita tidak henti-henti menyanyi bersama kumpulan ini.

Lagu lain disampaikan kumpulan dianggotai empat anak muda ini adalah Sahabat Sejati, Bertahan Di Sana, Pemwa Rahasia, Terlalu Singkat, Itu Aku dan Kita.

Selain itu Seberapa Pantas, Dan, Trimakasih Bijaksana, Pria Kesepian, Jalan Terus, Jap/Buat Aku Tersenyum, Pejantan Tangguh, Bila Kau Tak Disampingku serta Melompat Lebih Tinggi.

Tiga lagu baru yang turut dipersembahkan adalah Pemenang, Radio serta lagu yang sedang hangat di radio ketika ini, Mantan Kekasih. Semua lagu yang dipersembahkan pada konsert ini adalah dari lima album yang terbitkan oleh kumpulan ini sejak 10 tahun lalu.

"Dengan sambutan sebegini hebat, kami sedia datang lagi ke Sabah. Malah mungkin dengan konsert lebih besar sebagai menghargai sokongan peminat kami di sini," tambah Duta lagi.

Persembahan sulung SO7 di negeri di bawah bayu ini dibawakan khas penyedia perkhidmatan telekomunikasi Digi melalui siri jelajah Konsert SO7 Digi Malaysia Tour 2006

Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://sheilaon7.blogsome.com/2006/08/23/peminat-di-kota-kinabalu-puas-hati/trackback/

No comments yet.

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>