August 31, 2006
Sheila On 7’s recent concert in Kuala Lumpur to mark its 10th anniversary was a treat for its die-hard fans. FANS of Indonesian band Sheila On 7 deserve a special mention as they waited for almost an hour for its recent concert in Kuala Lumpur to begin.
There was no booing or shouting by the enthusiastic crowd who merely screamed in excitement each time the house lights at the Stadium Nasional Bukit Jalil started to flicker.
After at least a dozen false starts, the show kicked off to thunderous applause from the mostly teenage audience, comprising locals and Indonesians.
Curtain-raiser Singapore-based Bumi Band sang a few numbers from its upcoming debut album but sadly, the lead vocalist’s voice was drowned out by the loud music.
When Sheila On 7 finally took centrestage at 9.45pm, it was given a rousing welcome by die-hard fans. Without apologising for keeping the crowd waiting, lead vocalist Duta went about prancing on stage, belting out one tune after another.
He said: “We are brothers. Let’s stay in peace and celebrate our countries’ Independence Day with renewed spirit and love.”

The songs included unfamiliar songs from previous albums such as Menyelamatkanmu, Pagi Yang Menakjubkan, Bertahan Di Sana and Sahabat Sejati, interspersed with memorable hits such as Seberapa Pantas, Sephia, Dan, Berhenti Berharap, Pria Kesepian and Melompat Lebih Tinggi.
Duta also took the opportunity to promote the band’s latest album, 507, which features potential new hits like Pemenang, Mantan Kasih and Radio.
Apart from Duta, the band, which prior to its Kuala Lumpur date played in Johor, Sabah and Penang, features Eross, Adam and Brian, (who replaced Sakti three years ago.)
To some, the concert, which ended at midnight, was a drag as Sheila On 7 performed its chart-toppers early If it had saved its hits for the end, it would have been a better climax to the two-hour performance.
Sheila On 7’s Malaysian tour, held to mark its 10th year in the industry, was presented by DiGi.
August 23, 2006
Jakarta, Sheila on 7 baru saja menyelesaikan 4 jadwal konsernya di Malaysia. NAmun sayang kali ini konser So7 tak sEMeriah dahulu. Penonton menurun. So7 tak lagi gemerlap di mata pecinta musik negeri Jiran.
Bersama promotor Cipta Asia, Sheila on 7 berkesempatan untuk mengelar konser di 4 kota di Malaysia. Diantaranya Johor, Kota Kinabalu dan Pulau Pinang. Dari keempat kota tersebut, semua stadium yang digunakan untuk konser terlihat sepi dari pengunjung.
Seperti dikutip detikhot dari Utusan, Selasa (23/8/2006) jika dibandingkan dengan penampilan mereka di tahun 2003, konser terbaru So7 kurang peminat. Hanya 2000 orang saja yang terlihat memadati Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur, akhir pekan lalu.
Namun kendati demikian, Duta, Adam, Eross dan Brian harus cukup puas dengan hasil yang didapat. Penonton yang sedikit tak membuat semangat mereka kendur. Sebanyak 20 lagu dari album lama hingga baru, dilantunkan So7 tanpa patah arang.
"Biarpun kehadiran penonton tidak sehebat konser tahun 2003, kami masih bangga dan terharu. Bagi kami berapa pun jumlah penonton yang hadir, ia merupakan satu penghargaan dan dukungan penggemar kepada kami. Kami tidak kecewa," ungkap Duta.
Brian dan Sakti memang tak lagi bersama So7. Namun bukan berarti ini membuat So7 kehilangan semangat berkarya. Ditanya soal pamor yang dinilai mulai menurun, Duta pun tak menyalahkan mundurnya Brian dan Sakti. Tanpa kedua mantan personelnya itu, So7 masih akan bermusik.
"Mereka masa lalu kami. Tanpa mereka kami masih bisa meneruskan perjuangan dan itu tidak mempengaruhi persembahan kami. Saya yakin penggemar kami masih mendukung kami sejak dulu sampai sekarang," tutup Duta.

Duta serta Eross menunjukka persembahan yang baik pada malam konsert terakhir Malaysian Tour So7 (Foto The Star oleh Ricky Lai)
Walaupun kini dibarisi empat personil, Eross, Duta , Adam dan Brian masih menunjukkan bahawa Sheila On Seven (So7) masih mampu menarik ribuan Sheila Gank (gelaran yang diberi kepada peminat mereka) di Malaysia menerusi ‘Digi Sheila On Seven Malaysian Tour’.
Siri konsert yang bermula di Stadium Larkin Johor Bahru pada 13 Ogos yang lalu melabuh tirainya di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari Ahad yang lalu.
Hampir 10,000 orang peminat membanjiri stadium tersebut pada jam 7 petang lagi.
Bumi Band, selaku band pembuka tirai berjaya menenangkan keresahan ribuan penonton yang menunggu lebih daripada satu jam untuk menyaksikan konsert tersebut.
Kumpulan yang berasal dari Bandung itu mempersembahkan beberapa buah lagu termasuk ‘Rantai Rasa Cinta’ serta ‘Goda’, yang merupakan soundtrack lagu kepada filem box-office lakonan Farid Kamil dan Julia Hana, ‘Remp-It’.

Adam serta Eross menunjukkan bakat terpendam mereka ketika menyanyikan lagu ‘Pria Kesepian’ (Foto The Star)
Penonton yang membanjiri stadium itu menjerit dengan sekuat hati sejurus sahaja melihat band kesayangan mereka, So7 menjejak kaki ke atas pentas utama itu.
Band yang pernah dijulang sebagai band terbaik di rantau Asia pada suatu ketika dahulu membawa 19 buah lagu sepanjang konsert yang berlangsung kira-kira dua jam setengah.
So7 memulakan persembahan menerusi lagu berjudul ‘Menyelamatkan ‘ daripada album terbaru mereka ‘So5′ dengan penuh bertenaga serta karisma.
"Belilah album kami banyak-banyak agar duit itu dapat digunakan untuk majlis perkahwinan Eross nanti," ujar Duta, vokalis utama So7 yang bergurau senda bersama-sama pemain gitarnya, Eross Chandra.
Lagu-lagu berirama rancak seperti ‘Pagi Yang Menakjubkan’, ‘Sahabat Sejati’ serta ‘Pemenang’ melihatkan para penonton melonjat-lonjat mengikut tempo sambil menyanyi bersama-sama band kesayangan mereka.

Para Sheila Gank yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil ternyata terhibur dengan persembahan mantap So7 (Foto The Star)
"Saya berharap agar kita semua dapat berhibur bersama-sama. Jika tersiku orang bersebelahan dengan kita, tidak mengapa ya. Kita di sini untuk bergembira," pesan Duta kepada para penonton agar mereka tidak bersikap ganas atau berang di sebalik keghairahan berhibur.
Suasana konsert tersebut berubah menjadi romantis apabila kumpulan tersebut menyanyikan lagu yang membawa kembali kegemilangan band tersebut di Indonesia, ‘Mantan Kekasih’ (Bekas Kekasih).
Kelihatan ramai pasangan kekasih yang menghadiri konsert tersebut berpelukan sambil menghayati lirik lagu yang mengisahkan seorang lelaki yang masih dahagakan cinta daripada bekas kekasihnya yang telah meninggalkannya.
"Kepada semua gadis di sini, janganlah kamu meninggalkan pacar (kekasih) kamu dengan senang-senang. Ingat, lelaki kini lebih sedikit daripada perempuan," ujar Duta sejurus sahaja selesai menyanyikan lagu tersebut lantas disambut dengan gelak ketawa daripada penonton-penonton terutamanya di kalangan golongan hawa.
Suasana bertenaga kembali menyelubungi stadium itu apabila kumpulan yang popular dengan irama pop rock mempersembahkan lagu ’Seberapa Pantas’, ‘JAP’ dan ‘Radio’.
So7 turut melakukan kejutan harijadi untuk salah seorang Sheila Gank terawal mereka yang bernama Jay Jay.
Peminat yang bertuah itu diberi kesempatan untuk berduet bersama-sama Adam serta Eross menerusi lagu ‘Pria Kesepian’.
Duta pula mempersembahkan bakat terpendamnya yakni bermain drum menerusi lagu tersebut.

Adam menunjukkan taring selaku pemain bass tunggal So7 (Foto The Star)
Malam tersebut diakhiri dengan lagu ‘Bila Kau Tak Disampingku’ yang ditujukan khas kepada peminat-peminat mereka yang tidak pernah pudar semangat untuk memberi sokongan kepada kumpulan tersebut.
Di samping memberi persembahan yang hebat sepanjang konsert itu, ahli-ahli S07 turut menyerikan suasana dengan celoteh serta lawak jenaka terutamanya Duta.
Para penonton tidak kering gusi mendengar gurau sendanya di samping terpikat dengan kehebatan vokal Duta menerusi nyanyian yang begitu dinamik serta bertenaga pada malam tersebut.
Malah, Eross menunjukkan bahawa dirinya masih hebat bermain gitar secara solo tanpa kehadiran Sakti lantas membuktikan bahawa So7 bakal meneruskan penguasaan mereka di pesada muzik nusantara.
Di samping terhibur dengan persembahan mantap daripada So7, terdapat jua beberapa insiden yang kurang menyenangkan berlaku di kalangan mereka yang menghadiri konsert tersebut.
Beberapa kumpulan mat Indon kelihatan mengibarkan bendera menerusi struktur piramid manusia.
Malah, segelintir penonton berasa tidak berpuas hati lalu membaling botol-botol mineral ke arah mat-mat Indon tersebut sambil menjerit, "Turun lah! Kami tak nampak!"
Suasana cemas turut tercetus apabila sekumpulan lelaki Indonesia yang tidak berbaju berlari-larian sambil melanggar penonton-penonton yang lain di sekitar Stadium Bukit Jalil.
Bagi ibubapa yang membawa anak-anak kecil , perasaan kurang senang serta khuatir akan keselamatan mereka dirasai pada malam tersebut.
Mungkin insiden-insiden seperti ini merupakan satu norma bagi sesetengah penonton untuk berhibur ketika menonton konsert.
Namun, janganlah dibiarkan keghairahan untuk berhibur mengganggu keselamatan ribuan penonton yang lain menerusi perbuatan yang tidak senonoh serta membahayakan.
PUAS hati dan berbaloi. Itu adalah kesimpulan paling sesuai sebaik selesai menyaksikan persembahan kumpulan paling popular Indonesia, Sheila On 7 (SO7) di Stadium Likas, Kota Kinabalu, baru-baru ini.
Dengan mendendangkan 19 lagu tanpa henti, selama kira-kira dua jam, kumpulan empat anak muda ini membuktikan mereka adalah paling hebat dan mantap seperti tajuk lagunya, Pria Terhebat.
"Kami lihat penonton semuanya happy (gembira). Ini membuktikan persembahan kami pada malam ini diterima mereka dan ini sangat baik," kata penyanyi kumpulan itu, Duta, ketika ditanyakan reaksi penonton. Selain Duta, tiga lagi anggota SO7 adalah Brian, Adam dan Eross.
Memang benar, kira-kira 3,000 penonton yang membanjiri padang Stadium Likas seperti dibuai keasyikan terutama ketika kumpulan ini mendendangkan lagu popular mereka seperti Sephia, Berhenti Berharap dan Pria Terhebat.
Penonton yang majoritinya wanita tidak henti-henti menyanyi bersama kumpulan ini.
Lagu lain disampaikan kumpulan dianggotai empat anak muda ini adalah Sahabat Sejati, Bertahan Di Sana, Pemwa Rahasia, Terlalu Singkat, Itu Aku dan Kita.
Selain itu Seberapa Pantas, Dan, Trimakasih Bijaksana, Pria Kesepian, Jalan Terus, Jap/Buat Aku Tersenyum, Pejantan Tangguh, Bila Kau Tak Disampingku serta Melompat Lebih Tinggi.
Tiga lagu baru yang turut dipersembahkan adalah Pemenang, Radio serta lagu yang sedang hangat di radio ketika ini, Mantan Kekasih. Semua lagu yang dipersembahkan pada konsert ini adalah dari lima album yang terbitkan oleh kumpulan ini sejak 10 tahun lalu.
"Dengan sambutan sebegini hebat, kami sedia datang lagi ke Sabah. Malah mungkin dengan konsert lebih besar sebagai menghargai sokongan peminat kami di sini," tambah Duta lagi.
Persembahan sulung SO7 di negeri di bawah bayu ini dibawakan khas penyedia perkhidmatan telekomunikasi Digi melalui siri jelajah Konsert SO7 Digi Malaysia Tour 2006
TAHUN ini genap 10 tahun Sheila On 7 (SO7) menebarkan karier mereka di pentas seni. Usia yang menunjukkan kedewasaan bagi sebuah kumpulan, namun kelicinan perjalanan indah itu turut dijejaskan dengan catatan yang tidak terduga.
Pengunduran pemain gitar kedua, Sakti atas alasan ingin mendalami agama di Pakistan meninggalkan titik hitam kepada SO7, apatah lagi keputusan itu dibuat ketika mereka dalam persiapan untuk pembikinan album terbaru.
Keputusan memeranjatkan buat kali kedua, selepas tiga tahun lalu SO7 menyingkirkan Anton gara-gara berdepan masalah disiplin. Kehilangan yang belum berganti, namun membangkitkan persoalan apakah SO7 masih mampu mempertahankan populariti mereka?
Ahad lalu, kumpulan yang semakin popular dengan lagu Pemenang itu menutup siri konsert jelajah mereka di empat kota apabila beraksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Berbanding konsert pertama yang diadakan tiga tahun lalu, kehadiran terbaru mereka sedikit terkesan dengan kemerosotan jumlah penonton.
Di mana silapnya? Apakah SO7 semakin hilang sengatnya? Hip bertemu kumpulan popular Indonesia itu untuk mencungkil rahsia yang tersirat di hati SO7 yang kini dibarisi Duta, Adam, Eross dan Brian Kresna Putro sebagai pemuzik undangan.
Hip: Beza konsert terbaru berbanding persembahan tiga tahun lalu? Ada terasa kekurangan tambahan pula sambutan untuk konsert terbaru tidak sehangat dulu?
Adam: Apa yang membuat kami bersyukur, setiap kali ke Malaysia SO7 selalu berkesempatan untuk mengadakan persembahan. Sama ada kecil atau besar, ia membawa sesuatu yang bermakna kepada kami semua. SO7 melihat kesempatan ini sebagai menambahkan lagi pengalaman kami. Syukur kehadiran kami biasanya disambut peminat yang digelar Sheila Gang.
Hip: Adakah ketiadaan Anton dan Sakti turut memberi kesan kepada SO7?
Adam: Alhamdulillah, semua faham malah peminat sudah menerima ketiadaan Sakti dan Anton.
Duta: Kami ingin memohon maaf kepada peminat yang masih mengharapkan SO7 kekal dengan anggota asal. Dari awal hingga akhir SO7 harus terus berjalan. Ada yang kita harus perjuangkan. Selagi punya semangat, kita rasa masih dihargai.
Hip: Sejujurnya sejauh mana pengunduran Sakti memberi kesan kepada penerbitan album terbaru?
Eross: Kami perlu terus berkarya meskipun terpaksa merombak keseluruhan lagu yang sudah pun dirakamkan untuk menyesuaikan SO7 dengan situasi baru. Justeru, apabila dia meminta untuk mengundur diri, kami perlu merakamkan semula enam lagu malah muziknya juga diubah tanpa gitar kedua. Namun, sekiranya satu hari nanti Sakti ingin kembali, kami tidak akan teragak-agak untuk menerima kehadirannya.
Hip: Apakah SO7 masih yakin mempunyai pengaruh yang besar di sini terutama selepas menyaksikan banyak kumpulan baru?
Duta: Kami tidak pernah rasa tergugat dengan kehadiran band Indonesia yang lain. Selama mana saja mereka mampu bertahan? Perkara itu masih menjadi persoalan. Contohnya, Peterpan baru dua tahun hadir, baru saja merakamkan dua album sedangkan S07 sudah tujuh tahun berada dalam industri. Jangan kami dibandingkan malah, SO7 tidak merasa tergugat langsung dengan kehadiran mereka.
Hip: Melihat sambutan kurang memberangsangkan malam ini, apakah itu petanda SO7 makin pudar semangatnya?
Duta: Alhamdulillah, sampai malam ini sangat luar biasa. Begitu juga ketika kami mengadakan persembahan di tiga lokasi lain seperti di Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Pulau Pinang. Sambutan yang diterima lebih daripada apa yang dibayangkan. Ini membuktikan kami belum hilang populariti. Sebaliknya, sokongan ini memberi kami semangat untuk SO7 terus berkarya.
Hip: Bagaimana SO7 melihat perjalanan sepanjang sedekad ini?
Duta: Kami melalui situasi yang berbeza. SO7 lahir lebih 10 tahun lalu, sudah lama, dewasa dan matang. Situasi seperti ini tidak wajar dijadikan kayu pengukur. Kami tidak pernah takut seandainya satu hari nanti tidak lagi popular. Selagi menghasilkan karya bagus dan komited dengan apa yang dilakukan, masih ramai akan menyokong kami. Kami tidak gentar untuk melangkah walaupun dalam tempoh 10 atau 20 tahun lagi.
Hip: Apa yang membuat SO7 begitu yakin sedangkan lagu daripada album terbaru agak mengambil masa untuk diterima?
Duta: Kami yakin kerana SO7 tidak terus meluncur ke atas, sebaliknya kami memulakan perjalanan dari bawah. Barangkali ada yang kurang yakin dengan kemampuan kami, maklum kami sendiri sudah lama tidak datang mengadakan persembahan di sini. Biar masa menentukannya. Kami yakin dalam masa empat tahun lagi, karya SO7 akan terus diterima.
Hip: Bagaimana penerimaan kalian apabila Sakti menyatakan hasratnya untuk mengundur diri?
Eross: Kehilangan Sakti sangat dirasai. Kami terkejut dengan keputusannya kerana sebelum ini Sakti tidak pernah menunjukkan tanda akan meninggalkan SO7. Dia patuh dengan suruhan agama, tetapi tidak pernah mencampuradukkan urusan peribadi dengan muzik.
Hip: Apakah pengundurannya didorong kekurangan komitmen?
Eross: Dia sentiasa memberi komitmen baik terhadap kumpulan, begitu juga tanggungjawabnya sebagai pemain gitar. Ketika menyuarakan hasrat untuk berundur, kami memujuk dan memberinya waktu menarik balik keputusan itu. Namun dia nekad, jadi kami perlu akur dengan kehendaknya. Siapa kami untuk menghalang jika itu adalah keputusan terbaik untuk dirinya.
Hip: Apa janji SO7 kepada peminat?
Duta: Walaupun kini kami hanya bergerak dengan tiga anggota asal. Ini tidak akan menghentikan semangat kami. Kami rasa ada baiknya SO7 terus bermain muzik dan memberikan karya terbaik kepada peminat kami. SO7 bersyukur kerana masih mendapat tempat walaupun anggota kumpulan ini bersilih ganti
SUKAR menidakkan kumpulan Sheila On 7 (SO7) yang mula popular dengan lagu Sephia dan Seberapa Pantas. Mereka tidak pernah kecundang setiap kali mengadakan konsert di negara ini.
Namun, apa yang membimbangkan apabila jumlah penonton yang membanjiri lokasi persembahan setiap kali kumpulan itu turun ke Malaysia saban tahun kian berkurangan.
Kali pertama beraksi di konsert pada 2001 di Stadium Melawati, Shah Alam hampir 8,000 peminat hadir dan tahun berikutnya di Konsert Keamanan di Stadium Putra Bukit Jalil, cuma 5,000 saja memenuhi stadium yang boleh memuatkan 10,000.
Ahad lalu, di Stadium Nasional Bukit Jalil, kehangatan sambutan peminat di Malaysia terhadap SO7 dilihat merudum dan paling buruk apabila tidak sampai 3,000 orang hadir memenuhi stadium yang boleh memuatkan hampir 100,000 orang itu.
Banyak faktor yang boleh dikaitkan dengan fenomena itu, antaranya kemasukan kumpulan Indonesia lain yang turut menjadi gilaan peminat muzik tempatan bermula dengan Radja, Peter Pan dan terbaru Samsoon. Selain itu, SO7 pula kehilangan dua anggotanya, Anton dan Sakti.
Bagaimanapun, jelas vokalis utama SO7, Duta, selama beraksi di Malaysia, peminat di sini masih lagi memberikan sambutan baik terutama di Kota Kinabalu dan Pulau Pinang.
“Hakikatnya, kami seronok kerana sekali lagi dapat bertemu peminat di Malaysia. Jumlah penonton tidak boleh dijadikan ukuran kerana kali ini kami mengadakan persembahan di empat lokasi.
“Mengenai kehadiran kumpulan Indonesia lain yang semakin menjadi kegilaan, perkara itu tidak seharusnya dijadikan perbandingan.
“Tambahan pula sepanjang 10 dalam arena muzik Nusantara kami sudah menghasilkan tujuh album sedangkan kumpulan seperti Peter Pan baru ada dua album,” katanya.
Selepas tiga tahun, SO7 kembali menghangatkan ibu kota dengan siri konsert jelajah Malaysia yang berakhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad lalu.
Konsert khas kumpulan yang dianggotai Duta (vokal), Eross (gitar), Adam (bass) dan Brian (drum) ditaja syarikat telekomunikasi Digi bermula sejak 13 Ogos di Stadium Larkin, Johor Bahru, diikuti Stadium Likas di Kota Kinabalu, Sabah (16 Ogos) dan International Sport Arena, Pulau Pinang (18 Ogos).
Ketika sidang akhbar sebelum konsert terakhir, Duta dilihat agak tersinggung apabila isu penonton kurang dibangkitkan dengan berkata biar masa saja membuktikan sekiranya benar sesudah tiga tahun SO7 kembali konsert yang dibuat bakal kosong tanpa peminat.
Bagaimanapun, sewaktu konsert berlangsung, Duta mohon maaf apabila mereka berempat muncul dengan menampilkan seorang anggota baru, Brian, berbanding sebelum ini berlima.
“Pernyataan maaf itu ditujukan kepada peminat yang mungkin kecewa apabila Anton dan Sakti tidak ada lagi bersama kami. Namun, hidup S07 terpaksa diteruskan.
“Kepada anggota SO7 lain kami amat sukakan muzik dan ini sudah menjadi cinta hidup kami. Apa juga yang berlaku pada SO7, muzik dan kumpulan ini harus diteruskan.
“Nak diikutkan memang semua manusia mahu sesuatu perkara itu kekal, namun hakikatnya kita sendiri tahu tiada sesiapa pun boleh bertahan selama-lamanya,” katanya.
Sekalipun kehadiran penonton kurang memberangsangkan, namun ia sedikit pun tidak mematahkan semangat SO7 untuk memberikan persembahan terbaik.
Konsert bersempena kemunculan album terbaru 507, bermula tepat jam 9 malam selepas artis jemputan dari Singapura, Bumi Band, mengadakan persembahan pembukaan.
Turut mewarnai konsert, seorang peminat setia S07 dari Indonesia yang menuntut di KL, Cece, beraksi bersama-sama Adam dan Eros menyanyikan lagu Pria Kesepian.
Konsert malam itu juga turut menjadi medan SO7 mempromosikan album terbaru dengan mendendangkan beberapa lagu yang dipetik dari 507, seperti Menyelamatkan Mu, Radio dan Pagi Yang Menakjubkan.
Tidak ketinggalan lagu popular yang menjadi kegilaan seperti Seberapa Pantas, Sephia, Berhenti Berharap dan Melompat Lebih Tinggi
August 22, 2006
SHEILA On 7 (SO7) sudah hilang sengatnya? Tidak ramai peminat yang mahu menyaksikan konsert kumpulan yang cukup popular dari Indonesia ini? Ataupun khalayak tempatan sudah jemu dengan kehadiran band seberang?
Itulah pertanyaan yang bermain di minda ketika menyaksikan konsert bersiri SO7 yang ditaja oleh DIGI dan dianjurkan oleh Cipta Asia di lokasi terakhir konsert mereka iaitu di Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini.
Sebelum itu SO7 telah mengadakan konsert di Johor, Kota Kinabalu dan Pulau Pinang.
Dengan 2,000 penonton yang memenuhi hanya sekelumit ruang stadium itu pastinya mengecewakan band tersebut yang mula mencipta nama di persada seni tempatan sekitar penghujung tahun 90-an.
Malah mereka pernah mengadakan konsert bersiri seperti itu pada tahun 2003. Tetapi kehadiran peminat ketika itu agak memberansangkan.
Mengapa fenomena ini berlaku? Ketika ditanya kepada penyanyi utamanya, Duta mengenai kehadiran penonton yang agak mengecewakan, kata Duta;
“Biarpun kehadiran penonton tidak sehebat konsert bersiri tahun 2003, kami masih bangga dan terharu.
“Bagi kami berapa pun jumlah penonton yang hadir ia merupakan satu penghargaan dan sokongan peminat kepada kami. Kami tidak kisah.”
Bila ditanya adakah punca kemerosotan peminat yang hadir disebabkan oleh dua ahli mereka (Anton dan Sakti ) yang telah menarik diri, dengan tegas Duta menafikannya;
“Mereka masa lalu kami. Tanpa mereka kami masih boleh meneruskan perjuangan dan tidak mencacatkan persembahan kami.
“Saya yakin peminat kami masih menyokong kami sejak dulu hingga sekarang,” kata Duta dalam nada yang agak serius seakan-akan marah dengan soalan yang diajukan oleh pihak media.
Tambah Duta, biarpun kedua-duanya telah tiada mereka telah mengambil Brian selaku pemain drum baru bagi memantapkan lagi SO7.
Menyentuh mengenai populariti SO7 yang dikatakan semakin menurun di Malaysia, kata Duta; “Kami tak rasa begitu. Kami yakin masih ada peminat di sini kerana kami merupakan sebuah band yang telah hidup selama 10 tahun.
“Dan kewujudan kami di Malaysia sudah hampir lapan tahun. Itu satu perkara yang tidak mudah dilakukan oleh band-band lain. Peterpan sendiri baru dua tahun. Yang lain-lain masih baru,” katanya.
Malah dengan yakin Duta berkata; “Tengok lagi empat tahun, sama ada SO7 masih mempunyai peminat atau tidak.”
Konsert malam tersebut dimulakan dengan persembahan pembukaan oleh kumpulan Bumi Band. Menerusi tiga buah lagu iaitu Perbedaan Hati, Konspirasi Dunia dan Goda.
Keresahan penonton yang hadir lenyap apabila SO7 muncul di pentas. Menyanyikan 20 buah lagu tanpa henti, kekuatan, stamina dan kehebatan vokal Duta tidak perlu dipertikaikan lagi.
Sememangnya tidak sia-sia para peminat membelanjakan RM65 untuk menyaksikan konsert mereka.
Mendendangkan lagu antaranya Sahabat Sejati, Pemenang, Terlalu Singkat, Itu Aku, Mantan Kekasih, Kita, Dan, Seberapa Pantas, Pria Kesepian dan Melompat Lebih Tinggi. Kelincahan Duta bersama tiga rakannya iaitu Eross, Brian dan Adam cukup menghiburkan peminat yang hadir.
Klimaks persembahan malam itu, tentunya ketika Duta mendendangkan secara medley dua lagu berhantu mereka iaitu Sephia dan Berhenti Berharap.
August 19, 2006
Pengunduran Sakti tidak jejas usaha siapkan album baru berjudul SO7
TIDAK dapat digambarkan bagaimana sukarnya kumpulan Sheila On 7 (S07) menerima hakikat bahawa salah seorang anggota kumpulan mereka, Sakti berhasrat untuk meninggalkan kumpulan itu atas alasan ingin mendalami ilmu agama di Pakistan.
Pengunduran Sakti memberi tamparan yang hebat buat kumpulan muzik popular ini kerana ketika itu mereka sedang sibuk menyiapkan album terbaru.
Duta ketika ditemui mengakui keputusan yang memeranjatkan itu turut memberi kesan kepada kelancaran pembikinan album itu.
Namun, sebagai penyanyi yang mempunyai visi perjuangan tetap diteruskan. Kehilangan pemain gitar keduanya itu saat mereka sedang menyiapkan album terbaru, 5O7, tidak pernah melunturkan semangat kumpulan itu untuk terus berkarya walaupun mengakui terpaksa merombak keseluruhan lagu yang sudah pun dirakamkan sebelum ini untuk menyesuaikan keadaan.
“Justeru, apabila dia meminta untuk keluar, kami perlu merakamkan semula enam lagu itu dan lagu yang dirakam selepas itu perlu diubah muziknya tanpa bunyi gitar kedua,” jelas gitaris pertama S07, Eross. Ini kerana, untuk rakaman enam lagu pertama mereka, Sakti masih terbabit dalam pembikinannya.
Bagaimanapun, sekiranya satu hari nanti Sakti ingin kembali semula ke dalam bidang muzik, mereka tidak teragak-agak menerimanya semula.
Ditanya kehilangan Sakti tidak dicari pengganti manakala Anton yang mereka singkirkan tiga tahun lalu gara-gara masalah disiplin sudah pun diambil alih anggota baru, Brian, vokalis S07, Duta mempunyai alasan tersendiri berhubung perkara itu.
“Brian tidak terus diambil sebagai anggota tetap kumpulan kami. Malah dia terpaksa membuktikan komitmen sebagai sessionist selama dua tahun. Setelah kami mendapati adanya keserasian dan Brian sendiri menunjukkan komitmennya, barulah kami menjadikannya anggota tetap.
“Bagi kami, anggota yang ada hari ini adalah satu formasi terbaik SO7 dan kami mahu kekal dengannya,” jelas Duta dalam satu temu bual selepas sidang akhbarnya di Menara Kuala Lumpur baru-baru ini.
507 - Album Yang Sempurna
SEDEKAD bergiat dalam bidang nyanyian, mereka sepakat mengatakan album 507 adalah sebuah album yang sempurna. Bukan tujuan meninggi diri sebaliknya album yang dihasilkan selepas menempuh pelbagai cabaran menunjukkan kematangan mereka selama 10 tahun bergelar anak seni.
“Kami bermula pada saat usia masih belasan tahun. Kini usia kami masing-masing sudah mencecah 27 tahun dan 28 tahun. Tentu saja keadaan diri kami sudah berbeza. Jadi tidak salah andai kami merasakan 5O7 sempurna daripada segala segi… susunan muzik, pemilihan lagu dan penulisan liriknya,” jelas Duta.
Bercerita mengenai resipi kejayaan mereka selama sedekad dalam industri muzik sehingga dikenali di rantau ini, Duta berkata, menghasilkan muzik yang bagus menjadi rahsia kejayaan mereka.
“Kami akui turut mendengar muzik baru supaya kita lebih terbuka, boleh mencermin dan menilai diri. Jika tidak, kita hanya akan menganggap diri kita yang bagus dan terbaik,” katanya.
Pada majlis itu, SO7 turut dianugerahkan anugerah platinum atas kejayaan penjualan album mereka yang terdahulu sebanyak 280,000 unit.
Malah setelah tiga tahun tidak muncul di negara ini, kumpulan itu bakal mengadakan konsert di empat bandar anjuran DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi).
Empat bandar terpilih itu ialah di Johor Bahru pada 13 Ogos, Kota Kinabalu (16 Ogos), Pulau Pinang (18 Ogos) dan Kuala Lumpur (20 Ogos).
April 19, 2006
SEJAK munculnya band baru seperti Peterpan, Radja dan Ungu, Sheila On 7 (SO7) yang satu ketika dulu menjadi kegilaan muda-mudi kita nampaknya kelihatan sepi sejak kebelakangan ini.
Ditambah pula dengan status vokalisnya, Duta yang sudah pun berumahtangga serta pengunduran dua anggotanya iaitu Anton dan Sakti. Semua ini menyebabkan SO7 makin jauh di hati peminat.
Namun SS dapat tahu ada satu kejutan yang bakal dilakukan SO7 terhadap peminat mereka tidak lama lagi.
Kejutan itu bagaimanapun membabitkan penyertaan mereka terhadap Piala Dunia Jerman 2006 tidak lama lagi.
Dengar ceritanya, band yang berasal dari Yogyakarta, Indonesia itu ditawarkan membuat lagu tema Piala Dunia Jerman 2006.
Tawaran itu sudah pasti tidak dilepaskan SO7. Terutama sekali bagi Duta dan seorang lagi anggota baru S07, Brian (pemain dram baru mereka) yang memang penggemar bola sepak.
Dalam pada itu, ramai ingin tahu mengapa Sakti mahu mengundurkan diri dari SO7 selepas Anton berbuat demikian.
Daripada sumber yang boleh dipercayai, Sakti sudah tidak berminat lagi untuk bermain muzik.
Sebaliknya lebih gemar mendalami ilmu agama dengan mengikuti jemaah tabligh. Malah, Sakti juga khabarnya sudah terbang ke Pakistan demi merealisasikan cinta barunya itu.